BSP, JPMC tandatangani 3 perjanjian




Siaran Akhbar dan Foto : Pusat Perubatan Jerudong Park





JERUDONG, Selasa, 7 Julai. - Syarikat Petroleum Brunei Shell Sendirian Berhad (BSP) dan Pusat Perubatan Jerudong Park Sendirian Berhad (JPMC) menandatangani tiga perjanjian berhubung dengan peralihan bagi operasi dan pengurusan Panaga Health (PH) kepada JPMC.


Majlis menandatangani perjanjian yang diadakan di Panaga Health tersebut disaksikan oleh Menteri Kesihatan, selaku Pengerusi Lembaga Pengarah dan Pengarah Eksekutif JPMC, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar.


Menandatangani bagi pihak JPMC ialah Pengurus Pelaburan Kanan di Darussalam Assets Sendirian Berhad, atas kapasiti beliau sebagai Ahli Lembaga Pengarah JPMC, Dayangku Hajah Dewi Sarwani binti Pengiran Haji Sarpuddin dan Ketua Pegawai Perubatan JPMC, Dr. Haji Muhammad Syafiq bin Abdullah sebagai saksi.


Mewakili BSP ialah Pengarah Urusan BSP, Johan Atema, dan Pengurus Pengurusan Fasiliti Bersepadu BSP, Dayang Mazlina binti Haji Ma'awiah, sebagai saksi.


Peralihan tersebut bertujuan untuk memastikan perkhidmatan penjagaan kesihatan berterusan kepada pengguna sedia ada dan komuniti yang lebih luas, sejajar dengan matlamat Wawasan 2035 Negara Brunei Darussalam.


Seperti yang disebut oleh Pengarah Urusan BSP, "Peralihan ini bukan semata-mata mengenai penyerahan operasi. Ia adalah mengenai memastikan nilai yang kita cipta terus berkembang maju, dan kakitangan serta kepakaran kami mencari tempat baharu di mana mereka boleh menyumbang kepada masa depan yang lebih hebat".


Peralihan operasi dijangka selesai pada Kuartal 1 (Q1) 2027.


Close